Thursday 17 March 2011

Manusia Hari Ini

Manusia sebagai khalifah Allah swt di bumi ini sering di uji dengan pelbagai ujian. Ujian serta dugaan yang di beri kepada kita adalah untuk menguji sejauh mana kesabaran dan kemantapan iman kita terhadap Allah swt. Adakah seperti seteguh karang di lautan atau hanya seperti reranting yang rapuh, senang di pijak dan mudah patah. Ujian yang diterima oleh setiap insan adalah berbeza, sama ada dalam bentuk kesenangan ataupun kesusahan.



Berbahagialah manusia yang mampu menghadapi segala cubaan yang ditakdirkan keatasnya, yang sentiasa ingatkan Allah di kala senang mahupun susah.

Kebanyakan umat Islam yang diberi ujian KESENANGAN mudah lupa kepada Allah swt. Mereka tidak pernah merasa susah, justeru mereka lalai terhadap urusan mereka dengan Yang Maha Esa. Disebabkan asyik mencari kekayaan (kerana takut miskin), mereka mengabaikan tanggungjawab yang wajib mereka laksanakan. Solat entah ke mana, puasa di lupakan begitu saja. "Sesiapa yang terus hanyut, akan terus hanyut."



Umat Islam yang diberi ujian KESUSAHAN juga amat jauh dari Allah swt. Mereka asyik menyalahkan takdir. "Kenapa saya lahir dalam keluarga miskin?", "Kenapa mereka mampu mempunyai semuanya, sedangkan saya tak?", "Allah tidak adil menjadikan nasibku begini." Kata-kata sebegini sering terluah daripada lidah manusia yang tidak mensyukuri nikmat Allah swt. Apabila terjadi sesuatu dalam hidup mereka, mereka mudah melatah dan asyik menyalahkan takdir. Seharusnya, segala kesusahan yang datang menimpa wajib ditangani dengan bijaksana, bukannya dengan merungut dan menyalahkan takdir semata-mata.

Berdoalah kepada Allah swt agar segala kesulitan yang dialami mampu dijalani dengan baik dan dibalas dengan balasan syurga. Allah swt ada menjanjikan syurga bagi orang yang bersabar dengan segala cubaan yang diberi.



Bersabarlah duhai manusia.
Disebalik kesulitan, tersembunyi kesenangan yang menanti.
Walaupun bukan di dunia, tapi di syurga sudah pasti.

No comments:

Post a Comment